Selamat datang ke blog KRT Pangsapuri Bukit Baru. Ia diwujudkan atas dasar semangat perpaduan, keharmonian & kekitaan diantara masyarakat berbilang kaum,etnik & agama, disamping menjaga kepentingan diri, masyarakat, serta negara
Disebabkan pengorbanan sukarelawan menjalankan aktiviti rondaan dan berjaga sekitar kawasan pangsapuri bukit baru, kadar jenayah telah dapat di kurangkan. Untuk menghargai pengorbanan mereka. Jawatankuasa Rukun Tetangga telah menganjurkan satu majlis jamuan kusus untuk anggota SRS ini. Majlis Barberque ini diadakan pada malam 25/03/2012 dan disertai oleh anggota yang bertugas.
Pada 25/03/2012, Rukun Tetangga telah dijemput untuk menghadiri sambutan hari polis peringkat Ampang Jaya. Diharap dengan silatulharim yang dibenar dapatlah sama-sama masyarakat dan pihak berkuasa membenteras jenayah di kawasan penduduk setempat.
Sempena cuti sekolah penggal pertama ini, Rukun Tetangga telah menganjurkan satu program perkhemahan di rimba nuang, hulu langat pada 10-11/03/12. Program ini adalah untuk mengisi masa lapang kanak-kanak yang sedang bercuti penggal pertama untuk tahun 2012. Program ini dilakukan dengan kerjasama MPAJ dan diadakan sekitar kawasan rekreasi hutan rimba nuang, hulu langat. Seramai 30 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian. Diharap dengan ada nya program sedemikian dapatlah diserap nilai-nilai murni kepada kanak-kanak ini disamping mengisi masa lapang mereka.
Pada 02/03/12, Rukun Tetangga telah dijemput untuk menyaksikan perasmian program keselamatan kesedaran masyarakat oleh pihak PDRM yang diadakan di Sunway Pyramid. Program ini dirasmikan oleh ketua polis Selangor YBhg: Tuan Hisan Tuan Hamzah, Rukun Tetangga berfungsi membantu pihak PDRM dalam memakmurkan kehidupan dengan melapurkan permasalahan yang berlaku di sesuatu kawasan kediaman.
JPNIN Gombak telah mengadakan majlis "Anugerah & Penghargaan Sukarealawan RT, SRS & Mediator" bertempat di RT Taman Permata. Majlis dirasmikan oleh Y.Bhg Halim Omar, Ketua Pengarah JPNIN Selangor. Rukun Tetangga seluruh Gombak telah hadir. RT Pangsapuri telah dianugerahkan dengan RT Bestari & SRS Bestari disebabkan komitmen dan dedikasi yang ditunjukan sepanjang tempoh penglibatan sukarelawan menabuh bakti kepada masyarakat. SYABAS kepada sukarelawan yang banyak menabuh bakti kepada masyarakat setempat.
Pada 11/02/12, Dengan kerjasama pusat khidmat ADUN hulu Kelang telah diadakan program reflexsologi khusus untuk kaum ibu, Seramai 35 peserta telah menerima perkhidmatan tersebut. Diharap dengan perkhidmatan ini dapatlah dieratkan lagi silatulrahim diantara kaum ibu dikawasan pansapuri.
Pada 20/12/2011, JPNIN Gombak telah menganjurkan satu seminar Pencegahan Jenayah & Maksiat yang diadakan di Eklab Golf Peransang, Kehadiran adalah diri anggota Skim Rondaan Sukarela disetiap kawasan rukun tetangga daerah gombak. Pendedahan ini dapat memberi input kepada modes operandi jenayah yang sedang dihadapi disamping cara atau teknik pencegahan. Diharap pendedahan ini dapat membantu anggota untuk berhadapan dengan situasi jenayah di kawasan masing-masing.
Pada cuti sekolah hujung tahun, rukun tetangga telah mengadakan aktiviti perkhemahan dikususkan kepada kanak-kanak berumur bawah 14 tahun. Perkhemahan ini diadakah dihutan rimba ampang pada 11-12/12/2011. Seramai 15 orang telah melibatkan diri dalam aktiviti ini. Diharap aktiviti ini dapat membentuk kanak-kanak yang dapat menyumbangkan kepada keluarga.