Jumaat, 27 Ogos 2010

Sumbangan Bantuan Beras

Puan Suaidah M.Amin, timbalan pengerusi telah memberi sumbangan beras kepada keluarga yang berada dibawah paras kemiskinan. Sumbangan ini dilakukan pada bulan ramadhan sebagai menyahut seruan agama untuk bersedekah, bagi membantu keluarga yang memerlukan. Diharap sumbangan ini dapat diteruskan dari masa kesemasa. Semoga segala usaha beliau diterima dan diberkati tuhan yang maha esa.

Isnin, 23 Ogos 2010

Tarawih Bulan Puasa



Sepanjang bulan ramahdan ini, Rukun Tetangga Pangsapuri telah mengadakan beberapa aktiviti bertujuan merapatkan lagi silalturahim diantara penduduk dan jawatankuasa. Aktiviti ini adalah untuk menyamarakkan semangat setiakawan dan berbaik baik diantara penduduk setempat. Diantara aktiviti yang dijalankan adalah: Taskirah kelas agama untuk kaum ibu, Sembahyang tarawih dan pengajian agama disamping aktiviti sampingan saperti morey, pembahagian bubur lambuk, Rukun Tetangga telah menyumbang RM200.oo untuk digunakan sepanjang bulan ramhdan ini, disamping menyumbang sedikit makanan untuk morey.

Mesyuarat SRS

Pada 8hb Ogos telah diadakan mesyuarat untuk anggota SRS dan penerangan mengenai halatuju SRS dalam pembentukan masyarakat siasah yang baik. Banyak cadangan dan pandangan telah diwartakan bertujuan menambahbaikan perjalanan SRS dikawasan pangsapuri ini.

Khamis, 19 Ogos 2010

Majlis pembangunan wanita & keluarga

Jiran wanita dibawah pimpinan puan Suaidah M.Amin, telah menghadiri majlis pembangunan wanita & keluarga yang di anjurkan oleh lembaga penduduk & pembangunan keluarga, yang diadakan di Al-Ridhuan pada 15hb Ogos.

Diharap dengan pendedahan ini dapatlah dimajukan diri dan keluarga

Isnin, 16 Ogos 2010

Bubur Lambuk


Jawatankuasa Biro Agama Rukun Tetangga & Jawatankuasa Surau Ai-lhsaniah, telah bekerjasama dengan mengadakan gotong royong hujung minggu, menyediakan bubur lambuk untuk penduduk setempat bermula pada 14hb Ogos

Ahad, 8 Ogos 2010

Gotong Royong pembersihan tanah perkuburan


Dengan kerjasama JKP3, MPAJ & AJK Masjid, satu majlis gotong royong untuk membersih kawasan perkuburan Islam di AU3, Taman Keramat telah diadakan pada 8hb Aug 2010

Mesyuarat KRT daerah Gombak July 2010

Mesyuarat keseluruhan KRT didaerah gombak diadakan di Sri gombak pada 7hb Aug 2010. Agenda mesyuarat meliputi rancangan dan tujuan KRT gombak,