Isnin, 28 Jun 2010

Klass Agama mingguan untuk kaum IBU

Jiran wanita dibawah pimpinan Puan Suaidah telah mengadakan klass fardu Ain dan Bacaan Al-quran pada setiap minggu. Ia dimulakan pada bulan Jun. Ramai kaum ibu telah mengambil kesempatan dalam aktiviti pengajian ini untuk menambah ilmu keagamaan mereka.

Seminar Wacana Minda Prihatin Bersamamu

Satu majlis ceramah telah diadakan oleh Pejabat kesihatan Gombak dengan kerjasama Ar-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor dan Pejabat Daerah Gombak pada 21hb Jun 2010, Dua peserta dari KRT bukit baru telah menghadirinya. Ia diadakan di Hospital Selayang.

Khamis, 24 Jun 2010

Teater Musikal KITA

Pada 24hb Jun, satu pementasan musikal telah diadakan oleh JPNIN pertajuk KITA. Ia bertujuan memupuk semangat 1 Malaysia dikalangan belia remaja. Persembahan itu diadalah di istana budaya. KRT seluruh gombak telah dijemput untuk menghadiri teater musikal itu.

Majlis Bulan Perpaduan Peringkat negeri Selangor

Satu Majlis makan Malam dan anugerah telah diadakan di Shah Alam pada 10hb jun2010 bagi memberi suntikan kepada KRT yang telah banyak membuat berjasa dalam memupuk semangat perpaduan. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada KRT Taman Permata kerana telah dianugerahkan KRT cemerlang bagi daerah Gombak untuk tahun 2009. Diharap dengan kejayaan ini dapat memberi semangat kepada KRT-KRT keseluruhan untuk menyumbang tenaga bakti dalam memupuk semangat kejiranan diantara kaum. TAHNIAH.

Hari Keluarga KRT Taman Permata



Pada 5hb Jun, KRT Taman Permata telah menganjurkan Hari Perpaduan dan Hari Keluarga dengan Jayanya, Kami ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan menganjurkan hari tersebut.

Mesyuarat KRT daerah Gombak di Tmn Hijau

Pada 4hb Jun, Pengerusi dan Timbalan telah menghadiri mesyuarat KRT daerah yang di adakan di Taman Hijau, Rawang, Banyak perkara telah dibincangkan berkaitan dengan Perkembangan KRT daerah dan Negeri.

Isnin, 7 Jun 2010

Gotong Royong Perkawinan Adik Anggota SRS

Pada 6hb Jun, SRS telah mengadakan gotong Royong membantu salah saorang anggota melancarkan majlis perkawinan adiknya. Ia dijalankan secara meriah dengan penglibatan keseluruhan anggota SRS.












Sabtu, 5 Jun 2010

Hari perpaduan KRT Tmn Permata

Pada 5hb jun KRT Taman Permata telah menganjurkan Hari Perpaduan di tempat mereka dan kami dijemput hadir. Ia telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perpaduan Pusat