Sabtu, 20 Oktober 2012

Karnival Perpaduan Peringkat Daerah Gombak

Jabatan perpaduan telah menganjurkan karnival perpaduan peringkat daerah pada 20hb Oct bertempat di Kpg Melayu Wira Damai. Ia dirasmikan oleh Tuan Abd Halim Omar, pengarah perpaduan negeri Selangor. Semasa karnival perpaduan itu, pengarah perpaduan telah menyampaikan hadiah kepada pemenang kepada RT yang telah menyertai beberapa pertandingan peringkat daerah gombak. RT pangsapuri telah memenangi beberapa hadiah termasuk tempat ketiga dalam pertandingan kibar jalur gemilang dan pertandingan bowling.






Pertandingan Bowling RT Daerah Gombak

Pada 14hb Oct, RT telah menyertai pertandingan bowling peringkat daerah gombak, yang telah diadakan di selayang mall. RT bukit baru telah menghantar 2 pasukan dan telah memenangi pertandingan tersebut. RT telah mendapat tempat pertama peringkat pasukan dan ke2 peringkat individu. 




Pada awal bulan Oct 2012, Sukarelawan SRS telah membuat tangkapan ULAR berhampiran kawasan penduduk dan diserahkan kepada JPAM untuk tindakan selanjutnya.