Sabtu, 23 April 2011

Sumbangan Komputer Riba IDOLA

Rukun Tetangga sedang dalam proses meningkatkan ilmiah teknologi matlumat kepada penduduk pangsapuri. Pada 22/04/11, Kementerian Sain, Teknologi & Inovasi melalui Yayasan Inovasi Malaysia telah menyumbangkan komputer riba IDOLA. Sumbangan telah disampaikan oleh Ybhg Tuan Arjunaidi Jamaludin bertempat di Yayasan Inovasi Malaysia. Diharap dengan sumbangan ini dapatlah ditingkatkan lagi ilmiah penduduk dan kanak-kanak dalam mengejar kemajuan sejajar dengan asperasi negara mengujudkan masyarakat berilmu pengetahuan bagi menghadapi masa depan globalisasi mendatang. Rukun Tetangga mmengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Sain Teknologi & Inovasi, YB Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili,

Sabtu, 16 April 2011

Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina

Jiran wanita telah mengadakan program lawatan ke RTM pada 16/04/11. Disamping terlibat semasa program "Apa Kata Wanita" bersama Zamzarina. Seramai 100 orang telah menghadiri siaran lansung itu. Selain dari itu, rumbungan ini juga telah mengadakan lawatan sekitar Wisma TV & Wisma Radio.

Isnin, 11 April 2011

Tanyalah Ustaz (TV9)

Satu program lawatan ke Media Prima telah diadakan pada 11/04/11, betujuan memberi pendedahan kepada penduduk memahami tugas & tanggungjawab badan penyiaran. Rumbungan juga telah menghadiri rakaman program "Tanyalah Ustaz" anjuran TV9. Program ini akan disiarkan pada 09 & 10/05/11. Selain dari itu, ia memberi peluang kepada yang hadir untuk beramah mesra dengan artis-artis tempatan.








Program Pemeriksaan Mata

Rukun Tetangga dengan kerjasama Vistawave sdn bhd telah menganjurkan sesi pemeriksaan mata bagi warga pangsapuri, program ini diadakan pada 9 & 10/04/11. Ramai penduduk telah menjalankan pemeriksaan mata. Vistawave telah memberi diskaun untuk mereka yang membuat kaca mata.

Isnin, 4 April 2011

Pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat

Selaras dengan hasrat kerajaan mengurangkan kadar jenayah sebanyak 5% pada akhir tahun 2011 melalui bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Pihak jabatan perancangan bandar & desa dibawah kementerian perumahan & kerajaan tempatan dengan kerjasama bersepadu PDRM telah mengenai pasti 12 PBT hotspot seluruh negara, meliputi, Selangor, Johor & P.Pinang.
Satu majlis pelancaran telah diadakan dan disempurnakan oleh Dato' Wira Chor Chee Keung Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan bersama Dato' Hissamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri pada 05/04/11. Rukun Tetangga telah dijemput mewakili penduduk bandar semasa majlis pelancaran itu. Diharap kadar jenayah ini dapat dikurangkan lagi bagi memastikan kesejahteraan rakyat melalui konsep 1Malaysia.

Kempen kesedaran kesihatan & Gotong royong Bersapadu

Untuk memastikan tahap kesihatan berada pada paras memuaskan dan untuk menjaga kebersihan kawasan, Pada 03/04/11, satu lagi kempen telah diusahakan rukun tetangga, Ini disusuli dengan kempempen kesihatan bertujuan menberi peluang kepada penduduk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan mata. Ybhg En Magedran a/l Muniandy(Timbalan pengarah JPNIN Selangor) telah meluangkan sedikit masa beliau untuk turut serta menjayakan kempen ini, Diharap kesepakatan ini dapat berterusan dengan semangat 1Malaysia