Ahad, 19 Disember 2010

Pertandingan Bolasepak 9's(bawah 18) PIALA PERPADUAN HULU KELANG

Untuk menyemarakkan semangat silaturahim dikalangan generasi muda, Jiran Muda telah menganjurkan pertandingan bolasepak 9's (bawah 18tahun), PIALA PERPADUAN 2010, Ia diadakan pada 17hb Dec dengan penyertaan seramai 12 pasukan, sekitar hulu kelang dan yang berhampiran. Kejohnan ini menyediakan hadiah berupa wang tunai, piala pusingan, piala permain terbaik, piala fairplay, pemaian terbaik. Kejuaraan disandang oleh "REJECT TEAM" dari kpg Pasir, Hulu Kelang.
Kejohanan tahun depan akan diadakan menyambut bulan merdeka dan dibuka kepada semua.











Isnin, 13 Disember 2010

Lawatan ke Parlimen

Pada 13 Dec 2010, Jawatankuasa pusat telah mengadakan lawatan ke parlimen Malaysia untuk menyaksikan debat dan bagaimana pengubalan undang undang Malaysia dibahas.

Ahad, 5 Disember 2010

Kem Padu 1 Malaysia

Untuk membina generasi baru yang berwawasan & mempunyai kesedaran, pentingnya menjaga alam sekitar disamping pembentukan model insan berkualiti untuk menghadapi globalisasi mendatang, RT telah menganjurkan sesi perkhemahan musim cuti khusus untuk kanak-kanak berumur 10-14 tahun pada 4-5 Dec 2010 bertempat di DAM kelang gate. Puncak Niaga & Syabas, telah berkerjasama menubuhkan Briged Sungai, bertujuan mendidik kanak-kanak generasi akan datang untuk menyayangi alam sekitar. Disampaikan oleh Norhazlinda Ibrahim pengurus Briged sungai

Pihak Polis juga telah terlibat mendidik para knak-kanak ini, pentingnya menjaga keselamatan diri. disampaikan oleh C/Insp AbdGhafar dari balai polis hulu kelang




















Isnin, 29 November 2010

KEIBUBAPAAN ANAK REMAJA

Pada 28hb Nov, satu seminar bertajuk "Keibubapaan anak remaja" anjuran Lembaga Penduduk & Pembangunan keluarga negeri Selangor dibawah "kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat" telah diadakan di Selanyang baru.

Puan Suaidah M.Amin mewakili Rukun Tetangga Pangsapuri Bukit Baru telh menghadiri seminar tersebut.

Seminar tersebut bertujuan mendedahkan ibu/bapa kepada permasalahan anak remaja dizaman teknologi, dan perubahan persekitaran mereka.

Sabtu, 20 November 2010

Rumah Terbuka Deepavali


Walaupun penduduk pangsapuri tidak mempunyai ramai penduduk India tetapi dengan semangat 1Malaysia dan perpaduan yang ditunjukan satu majlis sambutan Deepavali telah diadakan pada 20hb Nov, di kawasan pangsapuri.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah iadakan sambutan Deepavali. Ramai tetamu telah hadir termasuk En Magedran a/l Muniandy, Pegawai polis Hulu Kelang dan beberapa VIP.
Sambutannya amat mengalakan dan akan dijadikan satu tradisi setiap tahun.

Hari Raya Aidil Adha


Hari Raya Aidil Adha telah ditetapkan pada 17hb Nov, dan Rukun tetangga terlibat semasa program korban diadakan di kawasan pangsapuri

Ahad, 31 Oktober 2010

Majlis Jamuan & Penyampaian Watikah Pelantikan KRT Peringkat Daerah Gombak

Pada 31hb Oct 2010, Satu majlis jamuan & penyerahan watikah pelantikan KRT daerah Gombak telah diadakan di Tmn Kancing, Rawang. Ia telah disempurnakan oleh timbalan pengarah JPNIN Selangor. KRT Pangsapuri bukit Baru telah diwakili oleh pengerusi dan beberapa orang jawatankuasa jiran muda.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Majlis Penerangan Peranan & Skop Bantuan Fakir Miskin

Pada 29hb Oct, Majlis Penerangan Peranan & Skop Bantuan Fakir Miskin telah diadakan bertujuan mendapatkan jenis bantuan yang ada di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan prosedur yang misti dipenuhi bagi memohon sebarang bentuk bantuan dari Jabatan terbabit. Penerangan telad disampaikan oleh En Zulfifli dan En saiful, pegawai jabatan kebajikan masyarakat daerah Gombak.

Diharap dengan penerangan ini dapatlah penduduk yang layak, mendapatkan bantuan sewajarnya.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kem PADU 1Malaysia untuk kanak-kanak 10-14 tahun


Jawatankuasa Pusat sedang merancang perkhemahan untuk kanak-kanak di musim cuti sekolah. Terbuka kepada yang berminat

Pertandingan Bola Piala Perpaduan Hulu Kelang 9's bawah 18 tahun


Dibuka kepada remaja yang berminat

Ahad, 24 Oktober 2010

hari Granduan & Tabikarama

Tabika Perpaduan Daerah gombak telah mengadalah Hari graduan & Tabikarama pada 24hb Oct bertempat di Auditorium Hospitall sg Buluh yang dirasmikan oleh Ybhg Pegawai pelajaran daerah Gombak dan diserta seramai lebih 500 orang kanak-kanak tabika perpaduan. Puan Suaidah M.Amin telah menwakili Rukun Tetangga ke majlis tersebut.