Selasa, 20 Disember 2011

Seminar Keselamatan Pencegahan Jenayah & Maksiat

Pada 20/12/2011, JPNIN Gombak telah menganjurkan satu seminar Pencegahan Jenayah & Maksiat yang diadakan di Eklab Golf Peransang, Kehadiran adalah diri anggota Skim Rondaan Sukarela disetiap kawasan rukun tetangga daerah gombak. Pendedahan ini dapat memberi input kepada modes operandi jenayah yang sedang dihadapi disamping cara atau teknik pencegahan. Diharap pendedahan ini dapat membantu anggota untuk berhadapan dengan situasi jenayah di kawasan masing-masing.

Isnin, 12 Disember 2011

Perkhemahan Tunas Jiran

Pada cuti sekolah hujung tahun, rukun tetangga telah mengadakan aktiviti perkhemahan dikususkan kepada kanak-kanak berumur bawah 14 tahun. Perkhemahan ini diadakah dihutan rimba ampang pada 11-12/12/2011. Seramai 15 orang telah melibatkan diri dalam aktiviti ini. Diharap aktiviti ini dapat membentuk kanak-kanak yang dapat menyumbangkan kepada keluarga.

Selasa, 29 November 2011

Pertandingan Futsal Sport Planet, Ampang

Tarikh 27/11/11, satu pasukan remaja mewakili pangsapuri bukit baru telah memasuki pertandingan futsal di sport planet, Ampang, Pertandingan ini bertujuan menengahkan remaja ini kepada suasana pertandingan. Ia di ketua oleh saudara Mohd Hasnoor Yusli.

Tanyalah Ustazah

Pada 25/11/11, Jiran wanita telah mengadakan lawatan sambil mengikuti program "TanyaLah Ustazah" di TV9. Program lawatan ini dikendalikan oleh puan Suaidah M.Amin dan disertai seramai 40 wanita dan remaja setempat.

Isnin, 21 November 2011

Majlis penerangan penubuhan pasukan COMBI

Pada 20/11/11, MPAJ telah menganjurkan majlis penubuhan pasukan pemantau bertujuan memerangi nyamuk aides pembawa penyakit demam denggi. Pernubuhan ini telah melibatkan keseluruhan persatuan dan badan NGO kawasan ampang jaya. Rukun Tetangga telah turut serta dalam program tersebut.

Khamis, 17 November 2011

Kujungan hormat ke pejabat ketua pengarah JPNIN

Pada 16/11/11, satu rumbungan wakil KRT daerah gombak telah mengadakan kunjungan hormat kepada pejabat ketua pengarah dan telah mengadakan perjumpaan 4 mata bersama beliau. Perjumpaan itu banyak berbincang pernabahbaikan KRT dan masalah yang dihadapi. Kunjungan hormat ini telah dipengerusikan oleh ketua pengarah jabatan perpaduan negara dan integrasi nasional, Dato' Azman Amin Hassan.

Jawatankuasa pencegahan nyamuk aides

Inisiatif mengurangkan masalah yang dibawa oleh nyamuk aides dan boleh mengakibatkan demam denggi telah diadakan untuk zon hulu kelang. Inisiatif ini diterajui oleh MPAJ dengan kerjasama semua persatuan dan orangramai. Satu mesyuarat telah diadakan bagi menujudkan kesedaran disamping melakukan perubahan dalam mengatasi penyakit berbahaya ini. Mesyuarat telah diadakan dipusat khidmat masyarakat hulu kelang pada 11/11/11.

Sambutan Hari Raya Aidil Adha

Ramai penduduk terlibat dalam melaksanakan kesempurnaan hariraya korban pada 07/11/11. Ini dapat merapatkan lagi silatulrahim diantara penduduk. Bagi tujuan melaksanakan kewajipan sambutan adil adha, upacara korban telah dijalankan dengan sempurna, Kerjasama surau dan rukun tetangga dapat dilihat semasa menjalankan tanggungjawab korban ini.

Ahad, 23 Oktober 2011

Gotong Royong Bersepadu ke 2

Mengikut lapuran jabatan kesihatan gombak, 5 kes demam denggi telah dilapurkan oleh hospital besar K.L. Ini disebabkan persekitaran telah berlaku longgokan sampah, saluran air tersumbat dan takungan tompokan air dibeberapa tempat letak kereta bertingkat.
Jawatankuasa gombak, majlis perbandaran ampang jaya dan penduduk RT dengan dibantu oleh jabatan bomba & penyelamat, jabatan kesihatan sendiri telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan aktiviti pembersihan kawasan bagi mengurangkan permasalahan ini pada 23/10/11.
Diharap dengan gambungan agensi kerajaan dan penduduk dapat dikurangkan permasalahan
ini.

Khamis, 29 September 2011

Sambutan HARI RAYA 1423

Mengikut tradisi, rukun Tetangga telah mengadakan sambutan HARIRAYA KRT pada 23/09/11, Ia diserikan lagi dengan ramainya kehadiran penduduk setempat.