Isnin, 4 Jun 2012

Modal Insan Cemerlang & Hari Ibu

Untuk meningkatkan prestasi pelajar bagi memperbaiki masa depan mereka, Rukun Tetangga telah mengadakan majlis penyampaian pengiktirafan kecemerlangan kepada mereka yang mencapai prestasi memberangsangkan semasa musim peperiksaan mereka untuk tahun 2011.

Mereka yang telah mencapai tahap pelajaran yang dibanggakan adalah:
PMR, adik Norafidah Ramli 8A, adik Nursyalina Natikun 7A, adik Azli Lokman 6A, untuk pemeriksaan SPM adalah adik Nursyahirah Diana Shamsul Jamil 3A.

Rukun Tetangga juga telah menyumbangkan sabuah peti sejuk kepada surau Al-Insaniah yang telah diterima oleh pengerusi surau Uztaz Bukhari. Dan untuk meningkat kesedaran kepada bidang IT, Rukun Tetangga telah juga sumbangkan sabuah komputer kepada keluarga yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah dan mempunyai kedudukan kewangan terhad, Penerima bertuah adalah en Hamzah Abdullah.

Selain dari itu, Rukun Tetangga juga telah menyumbangkan cenderahati kepada en Assokan a/l Narainasamy kerana telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian - PJK, oleh Sultan Selangor.