Ahad, 25 November 2012

Sambutan Deepavali 2012.

Saperti tahun-tahun sebelum ini, sekali lagi, KRT telah menganjurkan majlis sambutan Deepavali bertujuan merapatkan lagi silatulrahim diantara penduduk. Majlis telah diadakan pada 24/11/2012 dan dirasmikan oleh ADUN Hulu Kelang,








Penyampaian Cheque Khairat Keluarga

Pada 20hb/11/2012, Telah berlaku penyerahan cheque sumbangan sebanyak RM1,000.00 kepada ahli khairat keluarga takaful yang dianjurkan oleh KRT, disebabkan pemergian ahli keluarga penerima kerahmatullah.


Kem Latihan & Penghargaan Anggota SRS

Pada 17 & 18hb Nov, KRT telah mengadakan program latihan & penghargaan kepada anggota muda SRS yang telah banyak membantu menjaga keamanan dan keselamatan harta benda penduduk setempat. Diantara  kejayaan anggota SRS adalah membuat penangkapan penculik dan beberapa kesalahan kecil yang dilakukan oleh orang luar kawasan rondaan mereka. Untuk menghargai sumbangan mereka, KRT telah menganjurkan program latihan dan penghargaan yang diadakan di teluk kemang, N,Sembilan.






Ahad, 4 November 2012

Taklimat Akta Rukun Tetangga

Pada 04/11/2012, JPNIN negeri Selangor telah mengadakan satu seminar menerangkan "Akta Rukun Tetangga 2012" peringkat kebangsaan, yang dirasmikan oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, menteri perpaduan & integrasi nasional kebangsaan di Shah Alam. Penerangan telah disampaikan oleh Pn Nor Azura Mohd Mokthar, Timbalan Pendakwa Raya negeri Perak. RT telah berkesempatan untuk terlibat sama.





Sabtu, 20 Oktober 2012

Karnival Perpaduan Peringkat Daerah Gombak

Jabatan perpaduan telah menganjurkan karnival perpaduan peringkat daerah pada 20hb Oct bertempat di Kpg Melayu Wira Damai. Ia dirasmikan oleh Tuan Abd Halim Omar, pengarah perpaduan negeri Selangor. Semasa karnival perpaduan itu, pengarah perpaduan telah menyampaikan hadiah kepada pemenang kepada RT yang telah menyertai beberapa pertandingan peringkat daerah gombak. RT pangsapuri telah memenangi beberapa hadiah termasuk tempat ketiga dalam pertandingan kibar jalur gemilang dan pertandingan bowling.






Pertandingan Bowling RT Daerah Gombak

Pada 14hb Oct, RT telah menyertai pertandingan bowling peringkat daerah gombak, yang telah diadakan di selayang mall. RT bukit baru telah menghantar 2 pasukan dan telah memenangi pertandingan tersebut. RT telah mendapat tempat pertama peringkat pasukan dan ke2 peringkat individu. 




Pada awal bulan Oct 2012, Sukarelawan SRS telah membuat tangkapan ULAR berhampiran kawasan penduduk dan diserahkan kepada JPAM untuk tindakan selanjutnya.

Khamis, 27 September 2012

Mesyuarat AJK perlaksana program minggu Perpaduan Daerah Gombak

Mesyuarat ketiga telah diadakan diantara RT Daerah Gombak yangi  telah dilantik sebagai jawatankuasa perlaksanaan. Mesyuarat diadalan pada 23/09/12, bertempat di Bicrhwood Court, Tasik Puteri, Rawang, bertujuan mengenal pasti lokasi yang akan diadakan program tersebut.




Ceramah Penggunaan Walkie Talkie

Pada 22/09/12, RT telah menghadiri krusus penggunaan walkie talkie yang dianjurkan oleh JPNIN Selangor. Kehadiran meliputi keseluruhan RT negeri Selangor.







Sabtu, 15 September 2012

Menghadiri Majlis Hari Raya PDRM Ampang Jaya

PDRM Ampang Jaya telah mengadakan majlis hari raya pada 14/09/12, Jawatankuasa RT telah dijemput untuk majlis tersebut.









Jumaat, 14 September 2012

SRS menangkap suspek penculikan

Pada 14/09/2012, lebih kurang jam 1.00pagi, semasa membuat kawalan, anggota SRS dengan kerjasama pihak berkuasa telah menangkap saorang warga bangladesh atas aduan beliau adalah suspek utama kes penculikan anak, isteri sepasang keluarga warga bangladesh yang lain. Satelah laporan polis dibuat, suspek utama itu telah didapati berkeliaran dikawasan pangsapuri. Ini disahkan oleh suami/bapa kepada mangsa penculikan itu. Maka beberapa anggota SRS dengan kerjasama pihak berkuasa telah menahan suspek utama itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa.