Ahad, 11 Mac 2012

Perkhemahan Cuti Sekolah - Tunas Jiran

Sempena cuti sekolah penggal pertama ini, Rukun Tetangga telah menganjurkan satu program perkhemahan di rimba nuang, hulu langat pada 10-11/03/12. Program ini adalah untuk mengisi masa lapang kanak-kanak yang sedang bercuti penggal pertama untuk tahun 2012. Program ini dilakukan dengan kerjasama MPAJ dan diadakan sekitar kawasan rekreasi hutan rimba nuang, hulu langat. Seramai 30 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian. Diharap dengan ada nya program sedemikian dapatlah diserap nilai-nilai murni kepada kanak-kanak ini disamping mengisi masa lapang mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan