Khamis, 27 September 2012

Mesyuarat AJK perlaksana program minggu Perpaduan Daerah Gombak

Mesyuarat ketiga telah diadakan diantara RT Daerah Gombak yangi  telah dilantik sebagai jawatankuasa perlaksanaan. Mesyuarat diadalan pada 23/09/12, bertempat di Bicrhwood Court, Tasik Puteri, Rawang, bertujuan mengenal pasti lokasi yang akan diadakan program tersebut.




Ceramah Penggunaan Walkie Talkie

Pada 22/09/12, RT telah menghadiri krusus penggunaan walkie talkie yang dianjurkan oleh JPNIN Selangor. Kehadiran meliputi keseluruhan RT negeri Selangor.







Sabtu, 15 September 2012

Menghadiri Majlis Hari Raya PDRM Ampang Jaya

PDRM Ampang Jaya telah mengadakan majlis hari raya pada 14/09/12, Jawatankuasa RT telah dijemput untuk majlis tersebut.









Jumaat, 14 September 2012

SRS menangkap suspek penculikan

Pada 14/09/2012, lebih kurang jam 1.00pagi, semasa membuat kawalan, anggota SRS dengan kerjasama pihak berkuasa telah menangkap saorang warga bangladesh atas aduan beliau adalah suspek utama kes penculikan anak, isteri sepasang keluarga warga bangladesh yang lain. Satelah laporan polis dibuat, suspek utama itu telah didapati berkeliaran dikawasan pangsapuri. Ini disahkan oleh suami/bapa kepada mangsa penculikan itu. Maka beberapa anggota SRS dengan kerjasama pihak berkuasa telah menahan suspek utama itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa.


 

Isnin, 10 September 2012

Sambutan Majlis HariRaya 1433

 Sebagai sabuah NGO yang berteraskan penpaduan dan kemasyarakatan, Rukun Tetangga telah menganjurkan majlis sambutan HariRaya setiap tahun dengan penglibatan ramai penduduk, Tahun ini masih dikekalkan perpaduan ini dengan penambahan penglibatan penduduk. Majlis ini diadakan pada 08/09/2012 dan diserikan lagi dengan kehadiran pihak berkuasa PDRM dan wakil kerajaan serta ADUN dan wakil ahli parlimen.