Isnin, 30 Mei 2011

Hari Belia Di Putrajaya

Jiran Muda telah terlibat dalam perayaan Hari Belia Di Putrajaya dari 27 hingga 29hb Mei 2011. Seramai 30 orang remaja telah dihantar untuk mengambil bahagian dalam beberap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur. 3 pasukan Futsal telah menyertai sukan tersebut tetapi tidak dapat meneruskan pertandingan itu.

Jumaat, 27 Mei 2011

Kursus Ke Usahawanan Komuniti Rukun Tetangga

Kursus Keusahawanan Komuniti Rukun Tetangga telah diadakan di Allson Klana Putra, Nilai dari 24-27/05/11. Ia dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Putrajaya. Diantara topik yang dipersembahkan adalah 1. Kepimpinan dan Motivasi Keusahawanan, 2.Pengurusan Perniagaan, 3. Kaedah pemasaran, 4. Penyediaan kertaskerja, 5.Peluang peniaga yang boleh diceburi & 6. Perkongsian pengalaman usahawan berjaya. Seramai 60 RT dari semenanjung Malaysia terpilih untuk menjalani kursus, Tujuan diadakan krusus ini adalah untuk memberi pendekatan keusahawanan kepada komuniti supaya dapat RT menjana pendapatan dalam komuniti mereka.

Sabtu, 14 Mei 2011

Pertandingan Bowling, Piala KPD Daerah Ampang Jaya

Pihak Polis telah mengadakan pertandingan bowling, Piala Ketua Polis Daerah Ampang pada 15/05/11, Pertandingan ini bertujuan merapatkan pihak Polis dengan Orangramai, Rukun Tetangga telah dijemput untuk turut terlibat dalam pertandingan ini, Diharap dengan adanya perjumpaan saperti ini dapatlah merapatkan silatulrahim diantara orangramai dan pihak polis.

Sambutan HARI IBU & Pengiktirafan MODAL INSAN BERPRESTASI TINGGI

Buat pertama kali pada hari ini 14/05/11, Pangsapuri Bukit Baru mengadakan Majlis sambutan Hari IBU, bertujuan memberi sedikit penghargaan kepada pengorbanan yang dilakukan oleh IBU dalam menjaga keluarga disamping membesarkan anak-anak. Untuk tahun 2010-2011, Ibu Mithali diberi kepada Puan FATIMAH SAHAK, isteri Nutikun Karti, Pengorbanan beliau telah membuahkan hasil kerana 2 anak beliau telah mencapai tahap pelajaran yang membanggakan kerana telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Engineering, saorang lagi sedang melanjutkan plajaran dalam bidang perubatan di Russia. 2 Lagi anak beliau masih bersekolah. Majlis ini juga di telah memberi pengiktirafan kepada kejayaan anak-anak pangsapuri kerana telah mencapai keputusan semasa pemeriksaan UPSR, PMR & SPM. Gulungan Modal Insan Berprestasi Tinggi ini adalah : 1. Wan Nur Athirah Muhd Ghazali (5A) UPSR, 2. Premsuria a/l Asokan (5A) UPSR. 3. Intan Nur Sazwani Chik Ahmad (9A) PMR, 4. Muhd Rejab Anwar Mubarak (7A,2B) PMR, 5. Syaful Syazwan Shamsul Jamil (6A, 4B, 1C) SPM. Disebabkan prestasi yang amat memberansangkan, adik Intan Nur Sazwani Chik Ahmad telah mendapat sabuah komputer riba sebagai hadiah utama kerana pencapaian yang amat membanggakan 9A semasa pemeriksaan PMR 2010. Diharap pengiktirafan ini dapat menjadi imputes kepada kemajuan yang lebih memberangsangkan. Disamping itu jawatankuasa Rukun Tetangga telah berusaha untuk meningkatkan prestasi keluarga yang ramai walaupun terdiri dari gulungan berpendapatan rendah. Keluarga Mohd Maridon Mohd Jai & Keluarga Rosli Yusof telah mendapat bantuan Komputer (Desktop) bertujuan memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk meningkatkan pelajaran. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran puan Azean Abd Rahman, tombalan pegawai JPNIN gombak, tuan cif inspektor Zahiruddin Baharum, ketua balai polis hulu kelang,

Selasa, 10 Mei 2011

Seminar Punca Jenayah DiMalaysia

Pada 10/05/11, En Hairizain Hashim, Pengerusi Rukun tetangga telah mengambil bahagian dalam sidang pleno bertajuk "PUNCA JENAYAH DI MALAYSIA" bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ia dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Y.B. Senator Dato' Sri Sharizat Abdul Jalil. Seminar ini telah membincangkan beberapa topik utama, diantara nya : 1. Crime Trend & Patterns, 2. Macroeconomic affecting crime. 3. Drugs & Crime, 4. Crime Control & Prevention Strategies. Ahli Panel yang membentangkan kertas kerja adalah, Ahli akademik, pihak polis, badan NGO dan peserta terlibat. Diharap seminar ini dapat memberi satu output yang berguna untuk dijadikan panduan dan merangka strategy untuk masa depan.

Ahad, 8 Mei 2011

Lawatan ke Seri Perdana & Muzium Alam Semula Jadi, Putrajaya

Jiran Wanita telah menganjurkan rombungan ke Seri Perdana, Putrajaya pada 08/05/11. Ini memberi peluang kepada peserta melawat kediaman rasmi perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Peserta telah dibawa sekitar kediaman rasmi itu, melawat bilik-bilik rasmi perdana menteri menerima kunjungan tetamu kerajaan. Diharap lawatan ini dapat memberi prospektif baru kepada peserta.