Jumaat, 30 Mac 2012

Majlis Barbeque untuk anggota SRS

Disebabkan pengorbanan sukarelawan menjalankan aktiviti rondaan dan berjaga sekitar kawasan pangsapuri bukit baru, kadar jenayah telah dapat di kurangkan. Untuk menghargai pengorbanan mereka. Jawatankuasa Rukun Tetangga telah menganjurkan satu majlis jamuan kusus untuk anggota SRS ini. Majlis Barberque ini diadakan pada malam 25/03/2012 dan disertai oleh anggota yang bertugas.

Sambutan HARI POLIS ke 205

Pada 25/03/2012, Rukun Tetangga telah dijemput untuk menghadiri sambutan hari polis peringkat Ampang Jaya. Diharap dengan silatulharim yang dibenar dapatlah sama-sama masyarakat dan pihak berkuasa membenteras jenayah di kawasan penduduk setempat.

Ahad, 11 Mac 2012

Perkhemahan Cuti Sekolah - Tunas Jiran

Sempena cuti sekolah penggal pertama ini, Rukun Tetangga telah menganjurkan satu program perkhemahan di rimba nuang, hulu langat pada 10-11/03/12. Program ini adalah untuk mengisi masa lapang kanak-kanak yang sedang bercuti penggal pertama untuk tahun 2012. Program ini dilakukan dengan kerjasama MPAJ dan diadakan sekitar kawasan rekreasi hutan rimba nuang, hulu langat. Seramai 30 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian. Diharap dengan ada nya program sedemikian dapatlah diserap nilai-nilai murni kepada kanak-kanak ini disamping mengisi masa lapang mereka.

Jumaat, 2 Mac 2012

Majlis Perasmian Dokurama NRKA PDRM

Pada 02/03/12, Rukun Tetangga telah dijemput untuk menyaksikan perasmian program keselamatan kesedaran masyarakat oleh pihak PDRM yang diadakan di Sunway Pyramid. Program ini dirasmikan oleh ketua polis Selangor YBhg: Tuan Hisan Tuan Hamzah, Rukun
Tetangga berfungsi membantu pihak PDRM dalam memakmurkan kehidupan dengan melapurkan permasalahan yang berlaku di sesuatu kawasan kediaman.