Khamis, 29 Julai 2010

Majlis Penerangan JMB

Satu majlis penerangan telah diadakan pada 28hb July 2010 bertujuan memberi pendedahan kepada penduduk peranan, tugas & tanggungjawab jawatankuasa JMB dan penduduk. Penerangan telah di beri oleh En Hamzah A.Hamid, Pesuruhjaya Bangunan kementerian perumahan dan kerajaan tempat.
Konsep pendidikan sepanjang hayat telah di laksanakan dengan jayanya, Rukun Tetangga telah memainkan peranan nya sebagai penyampai maklumat kepada penduduk dikediaman bertingkat.

Isnin, 26 Julai 2010

Majlis Taskirah khusus untuk kaum Ibu

Jiran wanita dengan kerjasama, Biro Agama & AJK surau telah mengadakan majlis taskirah pada 26hb July yang dihadiri seramai hampir 50 kaum wanita seluruh pangsapuri. Tujuan majlis ini adalah untuk menyambut bulan ramahdan yang akan tiba. Diharap dengan adanya malis ini dapatlah kita eratkan lagi silatulrahim sambil mengambil iktibar ddan keberkatan bulan ramahdan nanti.

Ahad, 18 Julai 2010

Program Perkhemahan, Meningkatkan Semangat Kesukarelawan AJK & SRS

KRT pusat telah menjayakan satu aktiviti dikhaskan kepada AJK pusat & anggota SRS pada 17 & 18 July, Bagan Lalang, Selangor. Aktiviti ini bertujuan meningkatan semangat kesukarelawan selain dari mengeratkan kesefahaman diantara mereka.

Aktiviti ini juga disertai oleh keluarga mereka, bertujuan mengucapkan terima kasih kepada keluarga kerana sanggup membenarkan suami atau isteri mereka menabuh bakti secara sukarela kepada perkembangan KRT.

Rabu, 14 Julai 2010

Penyerahan Bantuan Khairat


Tarikh 14hb July, Jatawankuasa KRT telah menyerahkan bantuan khairat kepada balu Ramli Baba (mamat) yang telah pergi kerahmatullah pada 2hb Apr disebabkan masalah komplikasi pembedahan.

Beliau adalah ahli takafu 'khairat keluarga berkelumpuk' dan mendapat sumbangan RM1000.00 sebagai yang telah disampaikan oleh timbalan pengerusi KRT.

Ahad, 11 Julai 2010

Majlis Cukur Jambul

Satu majlis cukur jambul telah diadakan pada 11hb July, Jiran Wanita dan Biro Agama telah mengambil bahagian dalam majlis tersebut.

Sabtu, 3 Julai 2010

Crime Awareness Day

Pada 3hb July, Polis Ampang telah mengadakan "Crime Awarenss Day" yang dirasmikan oleh ketua polis Selangor "YDH Dato' Khalid Abu Bakar". Majlis ini diadakan di pekarangan Ampang Point. 10 persatuan & Rukun Tetangga kawasan Ampang telah dianugerahkan baju 'Polis dan Komuniti'. Rukun Tetangga Pangsapuri Bukit Baru adalah salah satu daripada persatuan yang telah diberi penghormatan sebagai penerima.

Khamis, 1 Julai 2010

Gotong Royong Majlis Perkawinan

Satu majlis perkawinan anak kepada Puan Zahara dan Baharom telah diadakan pada 27hb Jun, Seluruh penduduk telah bergotong royong untuk menjayakan hari bersejarah itu. Diharap kerjasama ini dapat berterusan saperti yang diharapkn oleh pujuk pimpinan negara. Kami mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin.