Sabtu, 14 Mei 2011

Sambutan HARI IBU & Pengiktirafan MODAL INSAN BERPRESTASI TINGGI

Buat pertama kali pada hari ini 14/05/11, Pangsapuri Bukit Baru mengadakan Majlis sambutan Hari IBU, bertujuan memberi sedikit penghargaan kepada pengorbanan yang dilakukan oleh IBU dalam menjaga keluarga disamping membesarkan anak-anak. Untuk tahun 2010-2011, Ibu Mithali diberi kepada Puan FATIMAH SAHAK, isteri Nutikun Karti, Pengorbanan beliau telah membuahkan hasil kerana 2 anak beliau telah mencapai tahap pelajaran yang membanggakan kerana telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Engineering, saorang lagi sedang melanjutkan plajaran dalam bidang perubatan di Russia. 2 Lagi anak beliau masih bersekolah. Majlis ini juga di telah memberi pengiktirafan kepada kejayaan anak-anak pangsapuri kerana telah mencapai keputusan semasa pemeriksaan UPSR, PMR & SPM. Gulungan Modal Insan Berprestasi Tinggi ini adalah : 1. Wan Nur Athirah Muhd Ghazali (5A) UPSR, 2. Premsuria a/l Asokan (5A) UPSR. 3. Intan Nur Sazwani Chik Ahmad (9A) PMR, 4. Muhd Rejab Anwar Mubarak (7A,2B) PMR, 5. Syaful Syazwan Shamsul Jamil (6A, 4B, 1C) SPM. Disebabkan prestasi yang amat memberansangkan, adik Intan Nur Sazwani Chik Ahmad telah mendapat sabuah komputer riba sebagai hadiah utama kerana pencapaian yang amat membanggakan 9A semasa pemeriksaan PMR 2010. Diharap pengiktirafan ini dapat menjadi imputes kepada kemajuan yang lebih memberangsangkan. Disamping itu jawatankuasa Rukun Tetangga telah berusaha untuk meningkatkan prestasi keluarga yang ramai walaupun terdiri dari gulungan berpendapatan rendah. Keluarga Mohd Maridon Mohd Jai & Keluarga Rosli Yusof telah mendapat bantuan Komputer (Desktop) bertujuan memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk meningkatkan pelajaran. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran puan Azean Abd Rahman, tombalan pegawai JPNIN gombak, tuan cif inspektor Zahiruddin Baharum, ketua balai polis hulu kelang,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan