Isnin, 21 Mac 2011

Krusus Skim Rondaan Sukarela Peringkat Negeri Selangor

Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah satu komponen utama yang diwujudkan bertujuan membantu pihak berkuasa menjaga keselamatan & keamanan kawasan kediaman.
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota & ahli jawatankuasa SRS, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) negeri Selangor telah menganjurkan satu krusus dari 18 -21hb Mac 2011, yang memberi tumpuan kepada aspek perundangan dan tindaklaku yang harus dipatuhi selain dari ketahanan diri anggota SRS.
Krusus ini dijalankan di pusat latihan PLKN sepang dan dihadiri seramai 400 anggota seluruh negeri Selangor.
Diantara pemudahcara yang memberi input adalah dari Polis Di Raja Malaysia.
Diharap krusus saperti ini dapat diadakan selalu untuk meningkatkan prestasi sukarelawan yang banyak mengorbankan masa & tenaga bagi memastikan keselamatan penduduk & hartabenda sesuatu kawasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan