Khamis, 31 Mac 2011

Sumbangan dari Menteri Wilayah Persekutuan & Kesahjateraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik Dato' Zainal Abidin

Rukun Tetangga telah dijemput untuk menghadiri majlis sumbangan dari Dato' Raja Nong Chik Dato' Zainal Abidin, pada 31/03/11 bertempat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sumbangan ini adalah untuk menjana aktiviti Rukun Tetangga.

Sabtu, 26 Mac 2011

Pertandingan Akhir Akademi Al-Quran

Seramai 30 orang jiran wanita telah menghadiri pertandingan akhir akademi Al-quran anjuran TV9, media prima di Putrajaya International Convention Centre. Mereka juga telah mengadakan lawatan ke Masjid Besi di Putrajaya.
Diharap pendedahan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan mereka disamping merapatkan silaturahim diantara mereka.

Hari Polis ke 204

Pada 25hb Mac, Polis Di Raja Malaysia daerah Ampang Jaya telah mengadakan sambutan Hari Polis di Bandar Baru Ampang, Ia dilancarkan oleh ketua Polis daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Zainuddin Pengerusi Rukun Tetangga telah dijemput untuk menghadiri sambutan Hari tersebut.
Diharap kerjasama diantara polis & punduduk dapat ditingkatkan lagi, bagi membenteras masalah jenayah di kawasan kami.

Isnin, 21 Mac 2011

Krusus Skim Rondaan Sukarela Peringkat Negeri Selangor

Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah satu komponen utama yang diwujudkan bertujuan membantu pihak berkuasa menjaga keselamatan & keamanan kawasan kediaman.
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota & ahli jawatankuasa SRS, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) negeri Selangor telah menganjurkan satu krusus dari 18 -21hb Mac 2011, yang memberi tumpuan kepada aspek perundangan dan tindaklaku yang harus dipatuhi selain dari ketahanan diri anggota SRS.
Krusus ini dijalankan di pusat latihan PLKN sepang dan dihadiri seramai 400 anggota seluruh negeri Selangor.
Diantara pemudahcara yang memberi input adalah dari Polis Di Raja Malaysia.
Diharap krusus saperti ini dapat diadakan selalu untuk meningkatkan prestasi sukarelawan yang banyak mengorbankan masa & tenaga bagi memastikan keselamatan penduduk & hartabenda sesuatu kawasan.

Ahad, 13 Mac 2011


Perpaduan adalah tunggak kekuatan negara, maka untuk merealisasikan impian disamping mengekalkan matlamat ini, Rukun Tetangga telah mengadakan sam butan hari keluarga-2011, peringkat kawasan, pada 13/03/11.

Sambutan ini diserikan lagi dengan kehadirian DSP Abd Rahman Hasnan, mewakili ketua polis daerah Ampang Jaya.Seramai lebih dari 300 orang telah hadir untuk sama- sama menyambut "Hari Keluarga-2011" ini.

Diharap perkembangan perpaduan ini dapat sentiasa dikekalkan.