Ahad, 11 April 2010

Mesyuarat AJK

Pada 9hb Apr, satu mesyuarat AJK pusat telah diadakan, bertujuan untuk membincang perkembangan dan aktiviti KRT. Perbincangan berkisar tentang aktiviti yang telah disusun oleh Biro-Biro dan rancangan yang bakal dilaksanakan seterusnya. Biro Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh En Faizol akan menganjurkan program gotong royong untuk meningkatkan kebersihan persekitaran disebabkan ada beberapa kes kesihatan dikalangan penduduk. Biro Sukan yang dipengerusikan oleh EN Shamsul Jamil sedang merancang aktiviti karnival sukan bagi mengadakan kegiatan perpaduan diantara penduduk dan sekitarnya. Biro Warga Emas yang dipengerusikan oleh En Majid Muhd pun sedang merancangkan aktiviti lawatan untuk ahlinya. Ini bertujuan merapatkan warga emas dan untuk menghargai sumbangan mereka kepada masyarakat.

Rabu, 7 April 2010

Mesyuarat Pengerusi Pengerusi KRT daerah Gombak

Pada 2hb Apr, Mesyuarat pengerusi pengerusi KRT daerah Gombak telah dianjurkan oleh KRT Rawang B. Ia diadakan di Dewan Serbaguna batu 16.

Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perkembangan semasa dalam pengurusan KRT disamping merapatkan lagi silatulrahim diantara pengerusi pengerusi seluruh KRT daerah gombak.

Satu taklimat mengenai permasalahan dadah juga telah dibentangkan oleh pegawai AADK gombak.

Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada bulan enam diRawang A

Selasa, 6 April 2010

Perlantikan AJK Surau Al-Iksaniah, Pangsapuri Bukit Baru

Pada 3hb Mac, satu majlis perlantikan telah diadakan untuk melantik AJK baru untuk sesi 2010-2011. Ia telah dipengerusikan oleh Pengerusi Masjid Al-Ansar.

Perlantikan baru telah dilakukan dengan perubahan AJK:
Pengerusi Surau Al-Iksaniah: Urtaz Bakhari
Iman Surau Al-iksaniah: Urtaz Amri Aziz

Mereke ini adalah AJK KRT Biro Agama, Ini menunjukkan semangat bersatu padu diantara penduduk dan AJK KRT

Doa Selamat untuk arwah

Pada 3hb Apr satu majlis telah diadakan untuk memperingati arwah Ramlee Baba yang telah pergi ke rahmatullah pada 31hb mac.

Majlis ini telah dikendalikan oleh anggota SRS dan keseluruhan AJK KRT. Seramai 50 orang telah hadir untuk upacara doa selamat ini.

Diharap dengan nya majlis ini dapat diberkati Allah

Jumaat, 2 April 2010

Ucapan Takziah



Pada 31hb Mac 2010, En Ramlee Baba, saorang anggota SRS telah meninggal dunia disebabkan sakit otak.

Beliau merupa saorang anggota yang amat perihatin terhadap perkembangan keharmonian penduduk dan telah banyak menyumbangan masa untuk memastikan silatulrahim antara penduduk berbilang kaum dapat dikekalkan.

Pemergian beliau amat dirasai terutama anggota keluarga beliau sendiri. Beliau telah meninggalkan saorang isteri dan 5 orang anak yang masih bersekolah.
KRT pusat dan keseluruhan anggoto SRS ingin mengucapkan takziah. semoga rohnya dicucuri rahmat.
Alfatiha