Pada 9hb Apr, satu mesyuarat AJK pusat telah diadakan, bertujuan untuk membincang perkembangan dan aktiviti KRT. Perbincangan berkisar tentang aktiviti yang telah disusun oleh Biro-Biro dan rancangan yang bakal dilaksanakan seterusnya. Biro Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh En Faizol akan menganjurkan program gotong royong untuk meningkatkan kebersihan persekitaran disebabkan ada beberapa kes kesihatan dikalangan penduduk. Biro Sukan yang dipengerusikan oleh EN Shamsul Jamil sedang merancang aktiviti karnival sukan bagi mengadakan kegiatan perpaduan dianta
ra penduduk dan sekitarnya. Biro Warga Emas yang dipengerusikan oleh En Majid Muhd pun sedang merancangkan aktiviti lawatan untuk ahlinya. Ini bertujuan merapatkan warga emas dan untuk menghargai sumbangan mereka kepada masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan