Ahad, 6 Oktober 2013

KEM KESIHATAN 2013

KRT Pangsapuri bukit baru dengan kementerian kesihatan telah menganjurkan program KEM KESIHATAN pada 05/10/2013, Seramai 200 orang telah menjalani pemeriksaan percuma, Selain dari pemeriksaan percuma, aktiviti kesihatan juga dijalankan, saperti sukan readah. Program ini dirasmikan oleh n Moh Noor, pegawai khas kepada Datuk Johari Abd Ghani, ahli parlimen Malaysia.












Selasa, 3 September 2013

Majlis Sambutan HARIRAYA PDRM Ampang Jaya

Pada 02/09/2013, pihak polis ampang jaya telah menganjurkan majlis sambutan hariraya peringkat daerah ampang jaya dan RT telah dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan itu.
Ramai RT dari hulu kelang dan ampang jaya telah menghadirkan diri dalam sambutan ini.






Perkawinan Ahli SRS ejan diPerak 31/08/2013

Hampir semua anggota SRS telah menghadiri majlis perkawinan ahli SRS yang diadakan di Kuala Kurau, Perak, sebanyak 8 kereta dan 1 van telah bertolak ke sana bagi meraikan majlis tersebut,
RT mengucapkan selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke anak cucu.












Sambutan HARIRAYA KRT 2013

Lazimnya saperti tahun tahun sabelum ini, RT telah committed menganjurkan sambutan HARIRAYA. Majlis ini diadakan bertujuan merapatkan lagi silaturahim diantara penduduk berbagai kaum, Majlis sambutan HARIRAYA ini diadakan pada 18/08/2013, dan dihadiri seramai 300 penduduk dari perbagai peringkat umur.







Rondaan Bersama Pihak Polis

Pada bulan July RT telah melakukan rondaan bersama pihak polis hulu kelang dibawa komuniti polis bersama penduduk. Ini dapat merapatkan lagi penduduk dengan pihak polis disamping mencegah jenayah setempat.





Jumaat, 21 Jun 2013

Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF)

Pada 22/06/2013, RT terlibat dalam seminar membincangkan isu keselamatan negara yang dianjurkan oleh MCPF, bertajuk "SAFER COMMUNITY, SAFER HOME". Ia dirasmikan oleh Tan Sri Eddie Chen Lok Loi, Timbalan Pengerusi, MCPF. Diantara speaker yang membentangkan kertas kerja adalah, Ms Siow Suan Neo-Unit Perancang Bandar (JPBD), Mr Prem Kumar Nair-Hon Sec Bangsar Baru Resident Association, Supt Dennis Lim Kwang Keng-NKRA, sec Bukit Aman, Mr Gerald Singham-Vice Chairman, National Crime Prevention Council, Singapore. Perbincangan berkisar sekitar keselamatan setempat dan cadangan yang boleh diajurkan kepada kerajaan.








Sabtu, 15 Jun 2013

Majlis Anugerah & Pengiktirafan Pelajar Cemerlang

Untuk meningkatkan prestasi anak-anak pangsapuri, KRT setiap tahun mengadakan majlis anugerah & pengiktirafan kepada pelajar yang mencapai tahap cemerlang, Majlis ini diadakan pada 15hb/06/2013. Seramai 6 pelajar telah mencapai keputusan cemerlang, Diantara mereka yang di beri pengiktirafan adalah :
UPSR: Surna Suria a/p Asokan, 7A, Muhd Afif Norazah, 4A
SPM: Muhd Rejab Anuwar-UITM, Muhd Syafiq Ahmad-UITM, Nor Syazwani Che Ahmad-UITM, Muhd Amatul Akmal Kamaruzaman-UITM