Sabtu, 20 Oktober 2012

Karnival Perpaduan Peringkat Daerah Gombak

Jabatan perpaduan telah menganjurkan karnival perpaduan peringkat daerah pada 20hb Oct bertempat di Kpg Melayu Wira Damai. Ia dirasmikan oleh Tuan Abd Halim Omar, pengarah perpaduan negeri Selangor. Semasa karnival perpaduan itu, pengarah perpaduan telah menyampaikan hadiah kepada pemenang kepada RT yang telah menyertai beberapa pertandingan peringkat daerah gombak. RT pangsapuri telah memenangi beberapa hadiah termasuk tempat ketiga dalam pertandingan kibar jalur gemilang dan pertandingan bowling.






Pertandingan Bowling RT Daerah Gombak

Pada 14hb Oct, RT telah menyertai pertandingan bowling peringkat daerah gombak, yang telah diadakan di selayang mall. RT bukit baru telah menghantar 2 pasukan dan telah memenangi pertandingan tersebut. RT telah mendapat tempat pertama peringkat pasukan dan ke2 peringkat individu. 




Pada awal bulan Oct 2012, Sukarelawan SRS telah membuat tangkapan ULAR berhampiran kawasan penduduk dan diserahkan kepada JPAM untuk tindakan selanjutnya.

Khamis, 27 September 2012

Mesyuarat AJK perlaksana program minggu Perpaduan Daerah Gombak

Mesyuarat ketiga telah diadakan diantara RT Daerah Gombak yangi  telah dilantik sebagai jawatankuasa perlaksanaan. Mesyuarat diadalan pada 23/09/12, bertempat di Bicrhwood Court, Tasik Puteri, Rawang, bertujuan mengenal pasti lokasi yang akan diadakan program tersebut.




Ceramah Penggunaan Walkie Talkie

Pada 22/09/12, RT telah menghadiri krusus penggunaan walkie talkie yang dianjurkan oleh JPNIN Selangor. Kehadiran meliputi keseluruhan RT negeri Selangor.







Sabtu, 15 September 2012

Menghadiri Majlis Hari Raya PDRM Ampang Jaya

PDRM Ampang Jaya telah mengadakan majlis hari raya pada 14/09/12, Jawatankuasa RT telah dijemput untuk majlis tersebut.









Jumaat, 14 September 2012

SRS menangkap suspek penculikan

Pada 14/09/2012, lebih kurang jam 1.00pagi, semasa membuat kawalan, anggota SRS dengan kerjasama pihak berkuasa telah menangkap saorang warga bangladesh atas aduan beliau adalah suspek utama kes penculikan anak, isteri sepasang keluarga warga bangladesh yang lain. Satelah laporan polis dibuat, suspek utama itu telah didapati berkeliaran dikawasan pangsapuri. Ini disahkan oleh suami/bapa kepada mangsa penculikan itu. Maka beberapa anggota SRS dengan kerjasama pihak berkuasa telah menahan suspek utama itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa.


 

Isnin, 10 September 2012

Sambutan Majlis HariRaya 1433

 Sebagai sabuah NGO yang berteraskan penpaduan dan kemasyarakatan, Rukun Tetangga telah menganjurkan majlis sambutan HariRaya setiap tahun dengan penglibatan ramai penduduk, Tahun ini masih dikekalkan perpaduan ini dengan penambahan penglibatan penduduk. Majlis ini diadakan pada 08/09/2012 dan diserikan lagi dengan kehadiran pihak berkuasa PDRM dan wakil kerajaan serta ADUN dan wakil ahli parlimen.










Jumaat, 24 Ogos 2012

Sambutan Bulan Merdeka

Rukun Tetangga Pangsapuri telah mengambil inisiatif terlibat dalam sambutan bulan Merdeka dengan acara mengibarkan bendera Malaysia disamping terlibat dalam pertandingan mencantikan kawasan sempena bulan Merdeka ini.






Sumbangan Fakir Miskin






Pada 12/08/12, satu majlis telah diadakan semperna sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Fakir miskin, anak yatim dan OKU telah mendapat sumbangan dari kerjaan negeri yang disampaikan oleh ahli parlimen.