Khamis, 29 September 2011

Sambutan HARI RAYA 1423

Mengikut tradisi, rukun Tetangga telah mengadakan sambutan HARIRAYA KRT pada 23/09/11, Ia diserikan lagi dengan ramainya kehadiran penduduk setempat.

Selasa, 9 Ogos 2011

Bubur Lambuk

Jama'ah surau al-insaniah dengan kerjasam jawatankuasa rukun tetangga telah menganjurkan aktiviti penyediaan dan pembahagian "Bubur Lambuk" kepada penduduk dan kariah setempat pada 07/08/11, sebanyak 300 bungkusan untuk diagihkan telah disediakan. Aktiviti ini akan diteruskan setiap hujung minggu sepanjang ramadan ini. Disamping itu, rukun tetangga juga telah memberi sedikit sumbangan kepada pihak jawatankuasa surau untuk kegunaan aktiviti morey sepanjang bulan yang mulia ini

Ahad, 24 Julai 2011

Majlis Sambutan Bulan Ramadan-Jiran Wanita

Jiran wanita dengan kerjasama jawatankuasa kaum ibu surau "Al-insaniah"telah mengadakan majlis sambutan bulan ramadan disamping majlis doa selamat pada malam 24/07/2011, Ramai kaum ibu telah menyumbang dan bergotong-royong bagi mejayakan majlis tersebut.

Majlis sambutan & menimba ilmu Tunas Jiran

Bulan puasa akan bermula tidak lama lagi, dan Jiran wanita & tunas jiran telah mengadakan satu majlis untuk menyediakan kanak-kanak untuk memahami dan menghadapi bulan yang mulia ini. Majlis ini diadakan pada 24/07/2011, Majlis ini disampaikan oleh ustaz Amri. Diharap ahli tunas jiran ini dapat sama-sama menjalankan ibadah yang diwajidkan ini disamping menjaga kesihatan.

Mesyuarat Rukun Tetangga Daerah Gombak

Pada 16/07/2011, Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional Daerah Gombak telah memanggil semua RT daerah gombak untuk diadakan mesyuarat dwi-bulanan, disamping mengenalkan pegawai perpaduan daerah yang baru ditukarkan ke gombak, Beliau adalah Puan Salasiah Hashim.
Diharap dengan adanya perubahan pentadbiran dapatlah kita sam-sama berkembang
maju.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan pegawai daerah sabelum ini Ybhg En Magedran a/l Muniandy kerana telah banyak membantu untuk kami menjayakan perpaduan disamping tahniah kerana telah d
inaikan pangkat kepada timbalan pengarah JPN
IN Selangor.

Selasa, 5 Julai 2011

Hari Keluarga TABIKA PERPADUAN daerah Gombak

Jabatan Perpaduan telah mengadakan HARI KELUARGA TABIKA PERPADUAN Daerah Gombak, pada 25/06/11, disekolah teknik, Sg Pusu, Ia dirasmikan oleh Pengarah JPNIN selangor. semoga segala usaha dapat diberkati.

Sambutan Hari Wargamas di KRT Taman Permata

Inisiatif yang ditunjukan oleh KRT Taman Permata C, boleh dicontohi kerana usaha yang dilakukan oleh pengerusi nya En Zakaria M.Yassin dalam menanjurkan hari mengenang sumbangan wargamas, yang diadakan pada 24/06/11. Diharap dapat kita contohi usaha beliau.

Isnin, 20 Jun 2011

Sambutan HARI BAPA

Untuk mengenang jasa bapa, Rukun Tetangga telah menganjurkan sambutan "HARI BAPA" pada 19/06/11, Majlis ini dirasmikan oleh timbalan pengarah JPNIN selangor Ybhg En Magedran a/l Muniandy, Ybhg timbalan ketua balai polis Hulu Kelang. MS Zakaria dan Saudara Putra Hang Jebat Tan Sri Jins Shamsuddin.
Anugerah Bapa Mithali untuk tahun 2011 diberi pada en Samat Salin, saorang bapa yang banyak berkorban untuk membentuk anak-anak menjadi manusia berjaya, 3 dari anak beliau telah tamat pengajian diperingkat tertinggi, saorang lagi sedang menlanjutkan pelajaran disalah sabuat institusi pengajian tinggi, saorang lagi masih dalam menengah