Isnin, 20 Jun 2011

Sambutan HARI BAPA

Untuk mengenang jasa bapa, Rukun Tetangga telah menganjurkan sambutan "HARI BAPA" pada 19/06/11, Majlis ini dirasmikan oleh timbalan pengarah JPNIN selangor Ybhg En Magedran a/l Muniandy, Ybhg timbalan ketua balai polis Hulu Kelang. MS Zakaria dan Saudara Putra Hang Jebat Tan Sri Jins Shamsuddin.
Anugerah Bapa Mithali untuk tahun 2011 diberi pada en Samat Salin, saorang bapa yang banyak berkorban untuk membentuk anak-anak menjadi manusia berjaya, 3 dari anak beliau telah tamat pengajian diperingkat tertinggi, saorang lagi sedang menlanjutkan pelajaran disalah sabuat institusi pengajian tinggi, saorang lagi masih dalam menengah

Isnin, 6 Jun 2011

Explorasi Pendakian Gunung Nuang

Salah satu dari inisiatif yang usahakan oleh jiran muda adalah cubaan menaluki gunung tertinggi di Selangor. Pada 04-05, June, Jiran muda telah melancarkan program pendakian dan penalukan gunung nuang. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan semangat persahabatan sesama kaum disamping mengisi masa lapang kumpulan sasar. Seramai 25 remaja telah bertekat untuk menaluki gunung tertinggi di Selangor ini. Usaha ini akan diteruskan lagi untuk membina semangat kental menghadapi cabaran mendatang.

Isnin, 30 Mei 2011

Hari Belia Di Putrajaya

Jiran Muda telah terlibat dalam perayaan Hari Belia Di Putrajaya dari 27 hingga 29hb Mei 2011. Seramai 30 orang remaja telah dihantar untuk mengambil bahagian dalam beberap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur. 3 pasukan Futsal telah menyertai sukan tersebut tetapi tidak dapat meneruskan pertandingan itu.

Jumaat, 27 Mei 2011

Kursus Ke Usahawanan Komuniti Rukun Tetangga

Kursus Keusahawanan Komuniti Rukun Tetangga telah diadakan di Allson Klana Putra, Nilai dari 24-27/05/11. Ia dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Putrajaya. Diantara topik yang dipersembahkan adalah 1. Kepimpinan dan Motivasi Keusahawanan, 2.Pengurusan Perniagaan, 3. Kaedah pemasaran, 4. Penyediaan kertaskerja, 5.Peluang peniaga yang boleh diceburi & 6. Perkongsian pengalaman usahawan berjaya. Seramai 60 RT dari semenanjung Malaysia terpilih untuk menjalani kursus, Tujuan diadakan krusus ini adalah untuk memberi pendekatan keusahawanan kepada komuniti supaya dapat RT menjana pendapatan dalam komuniti mereka.

Sabtu, 14 Mei 2011

Pertandingan Bowling, Piala KPD Daerah Ampang Jaya

Pihak Polis telah mengadakan pertandingan bowling, Piala Ketua Polis Daerah Ampang pada 15/05/11, Pertandingan ini bertujuan merapatkan pihak Polis dengan Orangramai, Rukun Tetangga telah dijemput untuk turut terlibat dalam pertandingan ini, Diharap dengan adanya perjumpaan saperti ini dapatlah merapatkan silatulrahim diantara orangramai dan pihak polis.