Jumaat, 24 Ogos 2012

Sumbangan Fakir Miskin






Pada 12/08/12, satu majlis telah diadakan semperna sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Fakir miskin, anak yatim dan OKU telah mendapat sumbangan dari kerjaan negeri yang disampaikan oleh ahli parlimen.

Bantuan anak yatim bersama masjid Al-Ansar

Untuk memeriahkan lagi sambitan raya ini, jawatankuasa rukun tetangga & jawatankuasa surau berkerjasama dengan jawatankuasa masjid Al-Ansar dato keramat menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pangsapuri ini. MAjlis ini diadakan pada 11/08/12.




Bubur lambok

Setiap bulan puasa, rukun Tetangga bersama jawatankuasa surau berkerjasama untuk menyediakan juadah wajib, bubur lambok untuk disumbangkan kepada penduduk. Tahun ini juga tidak tercekuali kerana tradisi bubur lambok diteruskan.


Jumaat, 27 Julai 2012

Majlis penyerahan bantuan khairat Etiqa Takafu

Rukun Tetangga dengan kerjasama Eita Takafu the mengadakan "Skim Khairat Keluarga" bertujuan membantu keluarga yang telah kehilangan yang tersayang , bagi meringankan bebanan yang dihadapi.
En Mahat Idris telah kehilangan isteri tersayang dan Puan Azizah Ibrahim telah kehilangan suami tercinta.
Satu majlis penyerahan telah diadakan pada 27/07/2012, salepas sembahyang tarawih.



Diharap dengan sumbangan ini dapat membantu keluarga mereka.

Majlis pengajian Ramadan bersama uztaz Ismail Kamus

Pada 13/07/2012, Jawatankuasa surau bersama Rukun Tetangga telah mengadakan majlis sambutan ramadan dengan satu program pengajian bersama uztaz Ismail Kamus, saorang pendakwah dan pakar perubatan cara islam.






Diharap dengan majlis ini bertambahlah keimanan dan ketakwaan kepada penduduk pangsapuri.

Ahad, 1 Julai 2012

CRIME AWARENESS DAY

Pada 23/06/2012, PDRM telah mengadakan “CRIME AWARENESS DAY” yang disempurnakan oleh timbalan ketua polis Selangor Dato' A. Thaiveegan. Majlis ini telah diadakan di Tesco, Ampang,


Pemngerusi Rukun Tetangga Pangsapuri Bukit Baru telah dianugerahkan dengan Sijil Penghargaan kerana dapat menunjukan sifat terpuji & mengamalkan nilai-nilai etika kerja positif & bertanggungjawab terhadap masyarakat setempat disamping mendukung aspirasi negara kearah keamanan, keselamatan & kesejahteraan.





Diharap dengan penghargaan ini dapatlah ia menjadi impitus kepada masyarakat untuk menyumbang tenaga dan kepakaran dalam membentu masyarakat berwibawa.

Isnin, 4 Jun 2012

Modal Insan Cemerlang & Hari Ibu

Untuk meningkatkan prestasi pelajar bagi memperbaiki masa depan mereka, Rukun Tetangga telah mengadakan majlis penyampaian pengiktirafan kecemerlangan kepada mereka yang mencapai prestasi memberangsangkan semasa musim peperiksaan mereka untuk tahun 2011.

Mereka yang telah mencapai tahap pelajaran yang dibanggakan adalah:
PMR, adik Norafidah Ramli 8A, adik Nursyalina Natikun 7A, adik Azli Lokman 6A, untuk pemeriksaan SPM adalah adik Nursyahirah Diana Shamsul Jamil 3A.

Rukun Tetangga juga telah menyumbangkan sabuah peti sejuk kepada surau Al-Insaniah yang telah diterima oleh pengerusi surau Uztaz Bukhari. Dan untuk meningkat kesedaran kepada bidang IT, Rukun Tetangga telah juga sumbangkan sabuah komputer kepada keluarga yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah dan mempunyai kedudukan kewangan terhad, Penerima bertuah adalah en Hamzah Abdullah.

Selain dari itu, Rukun Tetangga juga telah menyumbangkan cenderahati kepada en Assokan a/l Narainasamy kerana telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian - PJK, oleh Sultan Selangor.

Rabu, 4 April 2012

Jejak kemiskinan Bandar

Dengan kerjasama surau Al-Insaniah dan Lembaga Zakat Selangor, satu program "Jejak Kemiskinan Bandar" telah diadakan pada 03-04/04/2012, Tujuan program ini adalah utnuk menilai tahap kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk setempat. Program ini di rasmikan oleh Dato' Paduka Raja Dato' Wan Mahmood Pawan Teh. Diharap dengan adanya program ini dapat membantu penerima dan pihak jabatan melaksanakan permasalahan kemiskinan bandar.