Isnin, 24 Januari 2011

Majlis ilmu sambil beramal

Untuk menambah ilmu, timbalan pengerusi rukun tetangga Puan Suaidah M.Amin telah menghadiri satu majlis "Ilmu sambil beramal" anjuran kelab wanita gugusan kesihatan UKM, bertempat di dewan felda perdana pada 23/02/11.
Penceramah Utz Zahazan Mohd telah membentangkan kertaskerja mengenai membentuk keluarga beramanah & berinteraksi sambil memimba ilmu & menderma

Ahad, 16 Januari 2011

Lawatan Pendidikan ke Putrajaya & AirAsia

Selamat Tahun Baru 2011, Aktiviti pertama yang merupakan pembuka mata kepada generasi muda termasuk ibubapa diadakan pada 15hb Jan 2011, mengfokuskan pentingnya pelajaran untk menghadapi masa mendatang disamping memberi propektif baru dalam dunia keusahawanan dan aero penerbangan. Dimulakan dengan lawatan ke kilang chocolat untuk memahami proses pembuatan chocolat. Disusuli dengan lawatan kepusat pentabdiran negara di PutraJaya. Kemudiannya rumbungan diteruskan kepusat latihan penerbangan Akedemi AirAsia, dimana juruterbang dilatihan. Ini merupakan pengalaman baru kepada kumpulan rumbungan kerana berpeluang mengendalikan pesawat melalui sistem simulasi penerbangan.
Diharap pendedahan ini dapat memberi imputes baru kepada generasi muda.