Sabtu, 26 Februari 2011

Penyerahan Watikah JPTP

Pada 27/03/11, Tabika telah mengadakan Majlis penyerahan watikah kepada tabika yang telah beroperasi di daerah gombak, Ia di sampaikan oleh timbalan pengarah jabatan perpaduan negara & integrasi nasional malaysia.


Ahad, 20 Februari 2011

Seminar "Memahami Generasi Sekarang & Peranan IbuBapa

Dizaman facebook & tweeter, remaja & kanak-kanak zaman masakini sedang menjalani perubahan berkominukasi dan terdedah kepada elemen negetif yang lebih global.
Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibu/bapa mengenai perubahan ini disamping bagaimana menghadapi remaja & kanak-kanak ini.
Diantara pendekatan yang diterangkan adalah memahami lingo dan menjalankan komunikasi secara inklusif, supaya mereka dapat terlibat dalam keputusan keluarga.
Dipengerusikan oleh Puan Suidah M.Amin. Seminar ini diadakan dengan kerjasama Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga negara dibawah "Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat". Dikendalikan oleh puan Rusniyati Omar & Puan Salmi Jalina Jalil & dirasmikan oleh Puan Azean Abd Rahman, penolong pegawai perpaduan daerah gombak.
Diharap sedikit pendedahan ini dapat ibu bapa memahami dan mendekatkan diri kepada anak-anak remaja.

Mesyuarat Rukun Tetangga Daerah Gombak di Melawati

Mesyuarat rukun tetangga permata untuk tahun 2011 telah diadakan pada 18/02/11 bertempat di Melawati Fasa 6. Perbincangan telah berkisar tentang perkembangan rukun tetangga dan halatuju mengikut perkembangan yang diberkaitan.
Salah satu dari objektif mesyuarat ini adalah merapatkan lagi persahabatan diantara pengerusi rukun tetangga setiap kawasan, dan perkara ini telah membuahkan hasil.