Isnin, 29 November 2010

KEIBUBAPAAN ANAK REMAJA

Pada 28hb Nov, satu seminar bertajuk "Keibubapaan anak remaja" anjuran Lembaga Penduduk & Pembangunan keluarga negeri Selangor dibawah "kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat" telah diadakan di Selanyang baru.

Puan Suaidah M.Amin mewakili Rukun Tetangga Pangsapuri Bukit Baru telh menghadiri seminar tersebut.

Seminar tersebut bertujuan mendedahkan ibu/bapa kepada permasalahan anak remaja dizaman teknologi, dan perubahan persekitaran mereka.

Sabtu, 20 November 2010

Rumah Terbuka Deepavali


Walaupun penduduk pangsapuri tidak mempunyai ramai penduduk India tetapi dengan semangat 1Malaysia dan perpaduan yang ditunjukan satu majlis sambutan Deepavali telah diadakan pada 20hb Nov, di kawasan pangsapuri.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah iadakan sambutan Deepavali. Ramai tetamu telah hadir termasuk En Magedran a/l Muniandy, Pegawai polis Hulu Kelang dan beberapa VIP.
Sambutannya amat mengalakan dan akan dijadikan satu tradisi setiap tahun.

Hari Raya Aidil Adha


Hari Raya Aidil Adha telah ditetapkan pada 17hb Nov, dan Rukun tetangga terlibat semasa program korban diadakan di kawasan pangsapuri