Ahad, 23 Mei 2010

Gotong-Royong Pangsapuri Bukit Baru

Pada 23mei, Biro Alam Sekitar dengan kerjasama MPAJ, Alam flora, AADK, AJK surau al-ikhsaniah telah bergembeling tenaga menjalankan program gotong-royong membersihkan persekitaran. Selain dari itu satu majlis penerangan telah diadakan oleh Jabatan kesihatan MPAJ. Topik ceramah itu berkisah sekitar penyakit Denggi, H1N1 dan leptospirosis (kencing tikus).
Motor terbiar telah dialihkan kesatu tempat untuk diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
Tindakan susulan untuk memastikan kebersihan akan diteruskan oleh AJK biro Alam Sekitar.
Syabas diucapkan kepada Biro Alam Sekitar kerana telah menjalankan Aktiviti gotong royong.

Smart Solat

Pada 22hb Mei, Tunas Muda, Biro Agama dan AJK Surau Al-Ikhsaniah telah mengadakan program Smart Solat untuk anak-anak dibawah 12 tahun. Seramai 50 peserta telah mengambil bahagian. Tenaga pengajarnya disediakan oleh para penuntut UIA.

Anak-anak ini diajar asas agama berkaitan Solat dan hukum hakam nya.
Satu tahniah diucapkan terhadap kejayaan yang ditunjukan oleh AJK tunas muda ini




Mesyuarat dengan MPAJ

Pada 17hb Mei, Satu mesyuarat telah diadakan dengan Jabatan Kesihatan MPAJ. Perbincangan tertumpu kepada masalah kebersihan dan tindakan yang perlu diambil semasa gotong-royong.

Selain dari itu, tajuk ceramah yang akan disampaikan berkaitan dengan kesihatan dan penyakit berjangkit. diantara penyakit yang diusulkan adalah, denggi, H1N1 dan leptrospirosis (kencing tikus) Gotong roynong akan diadakan pada 23hb mei ini.