Isnin, 29 Mac 2010

Kejohanan Sukan Perpaduan




Pada 28hb Mac, KRT telah melibatkan diri dengan sukan perpaduan peringkat negeri Selangor dan telah menghantar 2 orang peserta. Dia adalah En Partiban a/l Balasubramanian & En Sundaraj a/l Devadeson. Kejohanan itu diadakan di Pusat Latihan Perindustrian di Banting dan telah disertai oleh 9 pejabat perpaduan seluruh negeri.

Rabu, 24 Mac 2010

Sambutan HARI POLIS peringkat Ampang Jaya


Pada 25hb Mac 2010, Polis DiRaja Malaysia telah mengadakan ulang tahun ke 203 penubuhannya dan telah mengadakan satu majlis "HARI POLIS" diseluruh negara. Polis Ampang telah mengadakan sambutan Hari Polis diAmpang point dan telah disertai oleh persatuan seluruh kawasan Ampang. KRT pangsapuri telah dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan hari polis ini.


KRT Pangsapuri Bukit Baru adalah salah sabuah dari beberapa organisasi yang telah diiktifar oleh pihak polis kerana sumbangan KRT dalam membantu membenteras jenayah dikawasan pangsapuri itu sendiri. Satu majlis penyampaian sijil penghargaan telah diadakan bersama dengan sambutan hari polis. En Hairizain Hashim telah menerima Sijil penghargai ini bagi pihak KRT Pangsapuri Bukit Baru.

Ahad, 21 Mac 2010

Majlis dari almari kartun


Satu majlis "dari almari kartun" akan diadakan pada 4hb Apr 2010 bersama kartunis terkenal Dato Zunar (kartunis Berita Harian).
Bermula jam 9.00pagi hingga 1.00 tengahhari.

Ini adalah satu pendedahan kepada kanak-kanak dan gulungan yang berminat untuk menjadi kartunis yang sempurna.
Kepada yang berminat sila hadirkan diri.

Sabtu, 20 Mac 2010

Hari Keluarga KRT Pangsapuri Bukit Baru



Pada 14hb Mac 2010, KRT telah menganjurkan Hari Keluarga KRT dengan jayanya, Ia disertai oleh penduduk pangsapuri perbagai kaum.

Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran pegawai perpaduan daerah en Magedran.

Sebanyak 30 jenis permainan rakyat telah dipertandingkan dengan penyertaan yang ramai. Hampir 500 orang telah hadir semasa majlis hari keluarga ini dan telah menampakan keharmonian berpadu penduduk.


















Majlis penyerahan Peralatan SRS

Pada 27hb Jan 2010, satu Majlis Penerangan & Penyerahan Peralatan SRS telah diadakan.

Ia disempurnakan oleh Pegawai Polis Hulu Kelang-sargent badrul, dan pegawai perpaduan daerah gombak en Magedran. Ia dihadiri oleh anggota SRS yang telah mejalankan rondaan setiap malam semenjak ditubuhkan.


Penubuhan SRS

Satelah mendapat kelulusan dari pejabat perpaduan negeri, maka terujudnya "Skim rondaan Sukarela-(SRS)". Satu majlis penerangan dan perkumpalan keanggotaan telah diadakan bengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, pejabat agama islam selangor dan pejabata perpaduan daerah.

Seramai 85 penduduk telah menganggotai sebagai peronda dan AJK SRS. Ia diketuai oleh:

1. Pengerusi - En Hussain M.Haneifa
2. Timbalan Pengerusi - En Rosli Yusof
3. Setiausaha - En Ridhwan Othman
4. Bendahari - En Rosli Dollah
5. Timb Bendahari - En Jameel M.Kasim

Aktiviti 2006 hingga 2009

Semenjak mesyuarat pertama, beberapa aktivit telah dijalankan bertujuan menyemarakan silatulrahim diantara perbagai kaum. Diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah:
Tahun 2006/2007
1. Program keselamatan & Penerangan masalah dadah-oleh PDRM & AADK
2. Karnival sukan remaja diadakan di padang Mindaf
3. Majlis suaikenal dengan YDP MPAJ
4. Majlis suiakenal dengan ADUN Hulu Kelang YB Dato Ahmad Bujang
5. Mesyuarat dengan kerajaan negeri
6. Perjumpaan dengan pengarah perumahan & hartanah Selangor
7. Menghadiri program "Pembangunan mampan -local agenda 21" oleh MPAJ
8. Perlawanan persahabatan dengan belia Felda
9. Penubuhan Khairat kematian dengan kerjasama Takaful Nasional
10.Penyerahan wang ehsan kepada keluarga yang kehilangan bapa & suami
11.Menganjurkan kempen keselamatan & kebersihan
12.Menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai
Tahun 2008/2009

1. Penubuhan kelas teusyen bahasa inggeris/metematik
2. Program "Perenting Skill" untuk Ibu/bapa tempatan oleh pensyarah UKM
3. Menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai
4. Menganujurkan Karnival pameran & Jualan" peringkat pangsapuri dersama PPIM
5. Mengadakan perbincangan bersama pemaju & kerajaan tempatan bertujuan meyelesaikan masalah setempat.
6. Menghadiri beberapa program anjuran pejabat perpaduan diantaranya:
"Asas Rukun Tetangga zone tengah - Mei 2009"
"Kepimpinan Organisasi Rukun tetangga - Oct 2009"
"Pengurusan Rukun Tetangga - Nov 2009"
7. Melibatkan anggota dalam program KRT Tmn bersatu, Rawang.
8. Menghadiri kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Daerah.
9. Menghadiri mesyuarat pengerusi daerah



KRT PANGSAPURI BUKIT BARU

KRT Pangsapuri bukit Baru bermula dengan mesyuarat pertama pada bulan Jan 2006 dengan keujudan AJK pro-tem seramai 15 orang. Satu surat permohonan telah dihantar kepada pejabat perpaduan dareah untuk pendaftaran pada tahun yang sama.

Dengan keanggotaan seramai 35 orang satu majlis takliment telah diadakan oleh En Ibrahim Abdullah (pegawai PPD) untuk menerangkan arah tuju dan matlamat penubuhan mengikut Rukun Tetangga. Selesai sahaja maka ujudnya AJK pro-tem yang diketuai oleh En Nurtikun Karti sebagai Pengerusi Pro-tem Rukun Tetangga.

Satelah melalui berbagai rintangan, maka Rukun Tengga Pangsapuri telah mendapat kelulusan pada 14hb Jan 2009 dengan no pendaftaran "RT10013625" Mesyuarat pertama telah bersetuju untuk melantik en Hairizain Hashim sebagai pengerusi Rukun tetangga pangsapuri Bukit baru. (en Hairizain Hashim juga adalah YDP persatuan Penduduk Pangsapuri Bukit Baru)