Ahad, 19 Februari 2012

Majlis Anugerah & Penghargaan

JPNIN Gombak telah mengadakan majlis "Anugerah & Penghargaan Sukarealawan RT, SRS & Mediator" bertempat di RT Taman Permata. Majlis dirasmikan oleh Y.Bhg Halim Omar, Ketua Pengarah JPNIN Selangor. Rukun Tetangga seluruh Gombak telah hadir. RT Pangsapuri telah dianugerahkan dengan RT Bestari & SRS Bestari disebabkan komitmen dan dedikasi yang ditunjukan sepanjang tempoh penglibatan sukarelawan menabuh bakti kepada masyarakat. SYABAS kepada sukarelawan yang banyak menabuh bakti kepada masyarakat setempat.

Ahad, 12 Februari 2012

Program Reflexsologi khusus untuk kaum hawa

Pada 11/02/12, Dengan kerjasama pusat khidmat ADUN hulu Kelang telah diadakan program reflexsologi khusus untuk kaum ibu, Seramai 35 peserta telah menerima perkhidmatan tersebut. Diharap dengan perkhidmatan ini dapatlah dieratkan lagi silatulrahim diantara kaum ibu dikawasan pansapuri.