Ahad, 31 Oktober 2010

Majlis Jamuan & Penyampaian Watikah Pelantikan KRT Peringkat Daerah Gombak

Pada 31hb Oct 2010, Satu majlis jamuan & penyerahan watikah pelantikan KRT daerah Gombak telah diadakan di Tmn Kancing, Rawang. Ia telah disempurnakan oleh timbalan pengarah JPNIN Selangor. KRT Pangsapuri bukit Baru telah diwakili oleh pengerusi dan beberapa orang jawatankuasa jiran muda.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Majlis Penerangan Peranan & Skop Bantuan Fakir Miskin

Pada 29hb Oct, Majlis Penerangan Peranan & Skop Bantuan Fakir Miskin telah diadakan bertujuan mendapatkan jenis bantuan yang ada di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan prosedur yang misti dipenuhi bagi memohon sebarang bentuk bantuan dari Jabatan terbabit. Penerangan telad disampaikan oleh En Zulfifli dan En saiful, pegawai jabatan kebajikan masyarakat daerah Gombak.

Diharap dengan penerangan ini dapatlah penduduk yang layak, mendapatkan bantuan sewajarnya.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kem PADU 1Malaysia untuk kanak-kanak 10-14 tahun


Jawatankuasa Pusat sedang merancang perkhemahan untuk kanak-kanak di musim cuti sekolah. Terbuka kepada yang berminat

Pertandingan Bola Piala Perpaduan Hulu Kelang 9's bawah 18 tahun


Dibuka kepada remaja yang berminat

Ahad, 24 Oktober 2010

hari Granduan & Tabikarama

Tabika Perpaduan Daerah gombak telah mengadalah Hari graduan & Tabikarama pada 24hb Oct bertempat di Auditorium Hospitall sg Buluh yang dirasmikan oleh Ybhg Pegawai pelajaran daerah Gombak dan diserta seramai lebih 500 orang kanak-kanak tabika perpaduan. Puan Suaidah M.Amin telah menwakili Rukun Tetangga ke majlis tersebut.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Sambutan Majlis HariRaya bersama anggota keselamatan Hulu Kelang

Untuk merapatkan silaltulrahim diantara sukarelawan Skim Rondaan Sukarela, penduduk dan anggota keselamatan Hulu Kelang, Satu majlis Hari Raya telah diadakan pada 2hb Oct 2010. Disamping itu, Jawatankuasa Pusat juga telah menyediakan sedikit sumbangan kepada sukarelawan SRS sebagai tanda terima kasih kerana sumbangan mereka dalam mengendalikan skim rondaan. Disebabkan adanya SRS, kadar jenayah telah banyak berkurangan. SYABAS diucapkan kepada sukarelawan yang terlibat.

Mesyararat Perlantikan Jawatankuasa Jiran Muda

Pada 26 sep 2010, satu mesyuarat telah diadakan di taman bersatu, rawang, Pengerusi Rukun Tetangga Bukit Baru telah dilantik Jawatankuasa Jiran Muda Daerah. Perlantikan ini bertujuan menyelaras program & aktiviti bagi menjana perkembangan siasah remaja peringkat daerah. Tahniah diucapkan keatas perlantikan itu.